Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Al Fatihah Timbalan Kpn Beri Penghormatan Terakhir Kepada Anggota Bantuan Prn Yang Meninggal Dunia

Diterbitkan: 12 Aug 2023 2.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Jasin, 12 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay petang semalam hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah anggota bantuan Pilihan Raya Negeri (PRN) dari Bukit Aman, Allahyarham Koperal Mohd Helmey Ma'amin di Masjid An-Nur, dekat sini yang meninggal dunia di Alor Setar, Kedah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-timbalan-kpn-beri-penghormatan-terakhir-kepada-anggota-bantuan-prn-yang-meninggal-dunia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT
Jasin, 12 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay petang semalam hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah anggota bantuan Pilihan Raya Negeri (PRN) dari Bukit Aman, Allahyarham Koperal Mohd Helmey Ma'amin di Masjid An-Nur, dekat sini yang meninggal dunia di Alor Setar, Kedah.

Beliau yang diiringi Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi), Bukit Aman, DCP Sapii Ahmad serta Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Md Nazri Zawawi turut menyertai bacaan tahlil yang dipimpin Ustaz Nordin Md Dan dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin bersama kariah setempat.

Allahyarham Koperal Mohd Helmey yang bertugas di Bahagian D9, JSJ, Bukit Aman merupakan anggota bantuan PRN yang sedang bertugas di Negeri Kedah, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, awal pagi semalam.

Jenazah Allahyarham Koperal Mohd Helmey diterbangkan dari Alor Setar ke kampung halamannya dekat Melaka untuk diberi penghormatan terakhir, sebelum dikebumikan dekat Tanah Perkuburan Islam Taman Maju di sini, semalam.

Allahyarham meninggalkan seorang balu bersama dua cahaya mata dan merupakan seorang anggota polis yang amat disenangi oleh rakan seperjuangan.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (KPP) D9 JSJ, Bukit Aman, SAC Datuk Dennis Lim Kwang Keng, KPP D1 JSJ, Bukit Aman, SAC Afzanizar Ahmad, dan barisan ketua-ketua jabatan Kontinjen Melaka serta para pegawai polis.

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia turut bersimpati dan mendoakan agar roh Allahyarham Mohd Helmey dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

May be an image of 7 people, headscarf and dais

May be an image of 3 people and text

May be an image of 6 people and ambulance

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 7 people

May be an image of 2 people, crowd and text

ArtikelDiterbitkan 12 Aug 2023 2.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM