Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Al Fatihah Salam Takziah Buat Keluarga Bekas Kpn Allahyarham Tun Mohammed Hanif

Published: 20 Apr 2024 12.38 AM Updated: 15 Aug 2026 8.18 PM
Allahyarham Tun Mohammed Hanif merupakan KPN Ke-4 dan pernah memegang jawatan tersebut selama 20 tahun iaitu dari tahun 1974 sebelum bersara secara rasmi pada 16 Januari 1994.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-salam-takziah-buat-keluarga-bekas-kpn-allahyarham-tun-mohammed-hanif
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:29 MYT
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang.

Allahyarham Tun Mohammed Hanif merupakan KPN Ke-4 dan pernah memegang jawatan tersebut selama 20 tahun iaitu dari tahun 1974 sebelum bersara secara rasmi pada 16 Januari 1994.

Allahyarham yang berumur 85 tahun meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor awal pagi tadi dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Semoga roh Allahyarham Tun Mohammed Hanif dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.


May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎سةَومالَم االسروانا AL-FATIHAH SALAM ΤΑΚΖΙΑΗ BUAT SELURUH AHLI KELUARGA A
ArticlePublished 20 Apr 2024 12.38 AMUpdated 15 Aug 2026 8.18 PM