Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Penipuan Guna Sms Kembali Aktif

Diterbitkan: 20 Apr 2024 2.40 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.18 PM
Setakat ini, 18 kes dilaporkan berlaku dengan nilai kerugian RM229,868 sejak 1 Januari hingga 14 April lalu, yang menyasarkan mangsa melalui penghantaran SMS menerusi telefon bimbit.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-penipuan-guna-sms-kembali-aktif
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:24 MYT
Kuala Lumpur, 20 April 2024 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) kini mengesan taktik penipuan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang didapati kembali aktif sejak awal tahun ini.

Setakat ini, 18 kes dilaporkan berlaku dengan nilai kerugian RM229,868 sejak 1 Januari hingga 14 April lalu, yang menyasarkan mangsa melalui penghantaran SMS menerusi telefon bimbit.

Pengarah JSJK, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, statistik setakat 17 April itu mendapati mangsa dilaporkan menerima SMS kononnya daripada syarikat telekomunikasi terkenal seperti Maxis, Celcom dan Digi.

“Kandungan SMS yang dihantar menyatakan mangsa mempunyai mata ganjaran yang bakal tamat tempoh dan digesa untuk segera menebus mata ganjaran tersebut melalui pautan yang disertakan.

“Mangsa yang menekan pautan terbabit akan diminta untuk memasukkan maklumat perbankan dalam talian milik mereka, termasuk nombor OTP yang diterima.

“Mangsa kemudiannya akan mendapati wang daripada akaun bank mereka berkurangan,” katanya pada sidang media khas di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 20 Apr 2024 2.40 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.18 PM