
Artikel
AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAMAH PUAN SRI DATUK AMAR HAJJAH JUMA’ANI
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama pucuk pimpinan dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli...
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama pucuk pimpinan dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Hj. Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Hj. Openg atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Hj. Bujang, awal pagi tadi.
Allahyarhamah yang berusia 76 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.34 pagi di Pusat Perubatan Normah, Kuching, Sarawak. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.
Semoga roh Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.
Al-Fatihah.