
Artikel
Al Fatihah Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Tan Sri Zaman Khan
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan yang telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Allahyarham pernah mencurahkan bakti terakhir di dalam PDRM sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman pada tahun 1989 sehingga 1993 sebelum ditukarkan ke Jabatan Penjara Malaysia sebagai Ketua Pengarah.
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Bukit Aman sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur, petang ini.
Didoakan agar roh Allahyarham Tan Sri Zaman Khan dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.
Al-Fatihah.