
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Proses Dadah Dalam Hutan
Petaling Jaya, 11 September 2021
Petaling Jaya, 11 September 2021 - Sindiket pengedaran dan penyalahgunaan dadah semakin 'terdesak' memproses bahan terlarang itu untuk memenuhi permintaan penagih sehingga terpaksa membina makmal dalam hutan bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.
Itu antara taktik licin sindiket hasil daripada 31 makmal haram yang diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tahun 2020 sehingga Julai lalu.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Razarudin Husain berkata, kewujudan makmal dalam hutan itu berjaya dibongkar hasil serbuan pihak polis di Tapah, Perak pada November lalu.
Katanya, siasatan mendapati makmal dalam hutan yang dibuat secara terbuka di bawah khemah itu adalah bagi memproses dadah jenis Methampetamine.
"Sindiket secara beraninya memproses dadah dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang. Ini kerana mereka tahu sekatan jalan serta kawalan polis dibuat di sempadan-sempadan negeri di kawasan jalan atau lebuh raya, bukannya dalam hutan.
"Selain itu, kita mendapati premis kediaman dan rumah kedai antara 'port' yang dijadikan makmal memproses dadah," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Ikuti kupusan lanjut pembongkaran makmal dadah oleh Pengarah JSJN menerusi keratan akhbar Utusan Online seperti di lampiran.