
Article
Al Fatihah Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang telah meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland, awal pagi tadi.
Bekas KSN ke-13 ini memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1981. Beliau merupakan anak jati Johor dan tokoh besar dalam Perkhidmatan Awam Negara.
Didoakan agar roh Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa sentiasa dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solihin.
Al-Fatihah.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#21042022