
Artikel
Al Fatihah Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Pesara Cp Dato Zul Hasnan Najib
Al-Fatihah.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Allahyarham pesara CP Dato' Zul Hasnan Najib Baharudin yang meninggal dunia akibat komplikasi dalam perut.
Didoakan agar roh Allahyarham pesara CP Dato' Zul Hasnan Najib dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.
Al-Fatihah.