
Article
Al Fatihah Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Koperal Muhamad Nazri Mohd Nor
Allahyarham bertugas sebagai anggota Unit Rondaan Cegah Jenayah, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Balai Polis Bukit Puchong, Ibu Pejabat P...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Koperal Muhamad Nazri Mohd Nor yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kampung Sri Cheeding, Kuala Langat, Selangor ketika dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai melakukan tugas ronda cegah jenayah, semalam.
Allahyarham bertugas sebagai anggota Unit Rondaan Cegah Jenayah, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Balai Polis Bukit Puchong, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor dan telah berkhidmat dengan Pasukan hampir 9 tahun.
Didoakan agar roh Koperal Muhamad Nazri Mohd Nor dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh.
Al-Fatihah.