
Artikel
Al Fatihah Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Koperal Ishamcik Abd Hamid
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Koperal Ishamcik Abd Hamid yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Persimpangan Tiga Taman Kemboja, Persiaran Kuala Kali, Hulu Selangor ketika dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai melakukan tugas ronda cegah jenayah, semalam.
Allahyarham bertugas sebagai anggota Unit Kereta Peronda, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Selangor dan telah berkhidmat dengan Pasukan selama 20 tahun.
Didoakan agar roh Koperal Ishamcik dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.
Al-Fatihah.