
Artikel
Al Fatihah Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Inspektor Mohamad Faez Paiman
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Dato' Razarudin Husain dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Inspektor Mohamad Faez Paiman yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Tol Sentul Jalan Pasar, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pagi tadi.
Allahyarham bertugas sebagai Pegawai Penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan telah berkhidmat dengan Pasukan selama 6 tahun.
Didoakan agar roh Inspektor Mohamad Faez Paiman dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#01022022