Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Al Fatihah Pegawai Polis Meninggal Dunia Sejurus Selesai Ketuai Lafaz Ikrar

Diterbitkan: 03 Jul 2018 1.16 PM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Pulau Pinang, 3 Julai 2018 - Pegawai Turus Gerakan, Ibu Pejabat PolisKontinjen (IPK) negeri, Deputi Superintenden (DSP) Ahmad Faisal Ahmad Jalaldin meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung sejurus selesai mengetuai upacara lafaz ikrar pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-pegawai-polis-meninggal-dunia-sejurus-selesai-ketuai-lafaz-ikrar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:23 MYT

Pulau Pinang, 3 Julai 2018 - Pegawai Turus Gerakan, Ibu Pejabat PolisKontinjen (IPK) negeri, Deputi Superintenden (DSP) Ahmad Faisal Ahmad Jalaldin meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung sejurus selesai mengetuai upacara lafaz ikrar pagi tadi.

Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, Ahmad Faisal rebah sejurus melakukan tugasnya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan IPK di Dewan Mutiara kira-kira pukul 8.45 pagi.

Katanya, Ahmad Faisal,51, kemudian dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia.

“DSP Ahmad Faisal menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1991 dan mula bertugas di IPK negeri pada 2010.

“Kehilangannya pasti akan dirasai seluruh warga IPK kerana dikenali sebagai seorang pegawai polis yang komited ketika bertugas,” katanya di sini hari ini.

Thaiveegan dan Timbalannya, Datuk Roslee Chik turut meluangkan masa menziarahi jenazah Ahmad Faisal di surau Perumahan Pegawai KananPolis di Sungai Dua petang tadi selepas solat jenazah sebelum dibawa pulang ke Kamunting, Perak untuk dikebumikan.

DSP Ahmad Faisal meninggalkan seorang balu, Masniwati Mokhtar dan dua orang anak.

Sumber: Utusan Online

ArtikelDiterbitkan 03 Jul 2018 1.16 PMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM