Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Al Fatihah Hari Ini Dalam Sejarah Pdrm

Published: 15 Feb 2022 11.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Hari ini, pada 15 Februari 2014, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah kehilangan dua pegawai kanan, Allahyarham ASP Mohamad Hasri Abdullah, yang ketika itu berusia 48 tahun dan Allahyarham Inspektor Muhammad Azri Ismail, 33, akibat serangan jantung serta kemalangan jalan raya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-hari-ini-dalam-sejarah-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:26 MYT
Hari ini, pada 15 Februari 2014, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah kehilangan dua pegawai kanan, Allahyarham ASP Mohamad Hasri Abdullah, yang ketika itu berusia 48 tahun dan Allahyarham Inspektor Muhammad Azri Ismail, 33, akibat serangan jantung serta kemalangan jalan raya.
 
Allahyarham ASP Mohamad Hasri dari Jabatan Logistik (kini Jabatan Logistik dan Teknologi), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman meninggal dunia di Hospital Slim River, Perak pada jam 5.13 pagi setelah mengalami serangan jantung.

Manakala Allahyarham Inspektor Muhammad Azri dari Unit Tindakhas, Bukit Aman menghembuskan nafas terakhir selepas 13 hari menerima rawatan di hospital akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menghadiri kursus di Lumut, Perak.

Semoga roh kedua-dua mereka sentiasa dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah.

No photo description available.
ArticlePublished 15 Feb 2022 11.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM