Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Al Fatihah Bekas Anggota Polis Wanita Terawal Pdrm Meninggal Dunia

Diterbitkan: 28 Jul 2020 1.10 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga bekas anggota polis wanita terawal PDRM, Allahyarhamah Koperal (Bersara) Zainab Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah akibat sakit tua di kediaman anaknya di Jalan Bangau 2, Taman Minamah, Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-bekas-anggota-polis-wanita-terawal-pdrm-meninggal-dunia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:14 MYT

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga bekas anggota polis wanita terawal PDRM, Allahyarhamah Koperal (Bersara) Zainab Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah akibat sakit tua di kediaman anaknya di Jalan Bangau 2, Taman Minamah, Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam.

Allahyarhamah merupakan antara individu yang pernah mencatat sejarah sebagai salah seorang daripada 54 anggota wanita pertama diterima menyertai Pasukan, 64 tahun lalu.

Semoga roh Allahyarhamah Koperal Bersara RF129 Zainab Abdullah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al-Fatihah.

Image may contain: ‎1 person, ‎text that says '‎بوال ال اليه AL-FATIHAH SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA Koperal (B) Zainab Abdullah Ikhlas dari
ArtikelDiterbitkan 28 Jul 2020 1.10 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM