
Article
Al Fatihah Bekas Anggota Polis Wanita Terawal Pdrm Meninggal Dunia 20210208
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga bekas anggota polis wanita terawal PDRM, Allahyarhamah Sarjan M...
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga bekas anggota polis wanita terawal PDRM, Allahyarhamah Sarjan Mejar (Bersara) RF148 Hajah Salamah Haji Abd. Majid yang telah kembali ke rahmatullah akibat sakit tua di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor semalam.
Allahyarhamah merupakan antara individu yang pernah mencatat sejarah sebagai salah seorang daripada 54 anggota wanita pertama diterima menyertai Pasukan, 65 tahun lalu.
Semoga roh Allahyarhamah Sarjan Mejar (Bersara) Hajah Salamah Haji Abd. Majid dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.
Sumber: Polis Johor