Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Al Fatihah Anggota Polis Meninggal Ketika Imamkan Solat Subuh Di Surau

Published: 08 Oct 2021 12.05 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Berita Harian
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/al-fatihah-anggota-polis-meninggal-ketika-imamkan-solat-subuh-di-surau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:40 MYT
Al Fatihah Anggota Polis Meninggal Ketika Imamkan Solat Subuh Di Surau
Home / Article / Al Fatihah Anggota Polis Meninggal Ketika Imamkan Solat Subuh Di Surau
Back to Library
Article

Al Fatihah Anggota Polis Meninggal Ketika Imamkan Solat Subuh Di Surau

Sumber: Berita Harian
Kuala Lumpur, 8 Oktober 2021 - Timbalan Ketua Balai Polis Goh Tong Jaya berpangkat Sarjan Mejar (SM) dilaporkan meninggal dunia semasa mengimamkan solat Subuh di sebuah surau di Batang Kali, Hulu Selangor, pagi tadi.

Allahyarham SM Rosli Maskan, 56, dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi, di Surau Al-Muttaqim, Tamu Hill Park, Batang Kali dipercayai mengalami masalah jantung.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin, berkata Allahyarham meninggal dunia ketika mengimamkan rakaat pertama solat Subuh.

"Allahyarham bertugas di balai polis berkenaan sejak dua tahun lalu dan sentiasa komited dalam melaksanakan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Balai Polis.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham SM Rosli Maskan yang meninggal dunia ketika imamkan solat Subuh di Surau Al-Muttaqim, Batang Kali awal pagi tadi.

Allahyarham merupakan Timbalan Ketua Polis Balai Gohtong Jaya, Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dan telah berkhidmat dengan Pasukan selama 36 tahun.
Didoakan agar roh Allahyarham SM Rosli dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh
Al-Fatihah.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../anggota-polis-meninggal...

Sumber: Berita Harian

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎اناد_واالی نالدروانا Waus AL-FATIHAH SALAM TAKZIAH BUAT SELURUH AHLI KELUARGA Al
ArticlePublished 08 Oct 2021 12.05 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM