Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Aktif Samun Selepas 10 Hari Dibebaskan

Published: 19 Jun 2014 1.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kumpulan itu adalah antara beberapa kumpulan yang aktif melakukan jenayah samun, ragut dan curi pada tengah malam dan awal pagi di sekitar Tun H S Lee dan Dang Wangi..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/aktif-samun-selepas-10-hari-dibebaskan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:31 MYT
Kuala Lumpur - Selepas 10 hari dibebaskan dari penjara, seorang lelaki yang dipercayai mengetuai satu kumpulan samun dan ragut yang aktif di bandar raya ini, ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan itu, semalam.

Suspek berusia 37 tahun, yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau dan dadah, yang dibebaskan pada 14 Februari lalu, ditahan di sekitar bandarraya ini.
 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, berkata sebelum itu, suspek bersama tiga rakannya berusia 17 hingga 37 tahun termasuk seorang warga Myanmar, menyamun wang tunai dan telefon bimbit seorang lelaki yang tidur di hadapan sebuah restoran makanan segera di Jalan Tun Perak, di sini.

Kumpulan itu adalah antara beberapa kumpulan yang aktif melakukan jenayah samun, ragut dan curi pada tengah malam dan awal pagi di sekitar Tun H S Lee dan Dang Wangi.

"Dengan penahanan kumpulan ini, polis yakin dapat menyelesaikan puluhan kegiatan jenayah oleh kumpulan itu,” kata Zainuddin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-2115 9999.

Sumber: Berita Harian

Aktif Samun Selepas 10 Hari Dibebaskan

Sumber: Berita Harian
ArticlePublished 19 Jun 2014 1.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM