Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Akauntan Ditahan Miliki Dadah Bernilai Rm10 600 Di Miri

Published: 09 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Miri menahan tiga sekeluarga termasuk seorang akauntan wanita yang bekerja di Singapura, kerana memiliki syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tudan, di sini pagi ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/akauntan-ditahan-miliki-dadah-bernilai-rm10-600-di-miri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:58 MYT

Miri, 9 Sept - Polis Miri menahan tiga sekeluarga termasuk seorang akauntan wanita yang bekerja di Singapura, kerana memiliki syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tudan, di sini pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Miri, Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata, dalam serbuan pukul 10.30 pagi itu, polis menahan akauntan berusia 28 tahun itu serta bapa dan ibunya, masing-masing berumur 57 dan 52 tahun.

"Polis turut merampas syabu bernilai RM10,600 seberat 30.34gram yang dibungkus dalam paket plastik kecil," katanya di sini hari ini.

Stanley berkata, ketika serbuan dilakukan suspek wanita tersebut cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap dan dibawa semula ke dalam rumah bersama ibu dan bapanya yang turut berada dalam rumah ketika itu.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dadah," katanya sambil menambah hasil ujian saringan awal menunjukkan ketiga-tiga suspek bebas daripada pengaruh dadah. - BERNAMA

ArticlePublished 09 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM