Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ajaran Sesat Millah Abraham Dikesan Giat Rekrut Pengikut

Diterbitkan: 02 Mar 2016 3.04 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.31 PM
Kangar, 2 Mac - Kumpulan ajaran sesat Millah Abraham dikesan giat merekrut pengikut dengan menyasarkan golongan muda, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial (E2) Bukit Aman, Dato' Awaludin Jadid.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ajaran-sesat-millah-abraham-dikesan-giat-rekrut-pengikut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:18 MYT


Kangar, 2 Mac - Kumpulan ajaran sesat Millah Abraham dikesan giat merekrut pengikut dengan menyasarkan golongan muda, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial (E2) Bukit Aman, Dato' Awaludin Jadid.

Beliau berkata, kumpulan itu akan merekrut anggota melalui perjumpaan yang kononnya bersifat perbincangan perniagaan seperti skim tukaran mata wang asing (Forex).

Katanya, ajaran sesat itu antara ancaman yang polis kenal pasti pada ketika ini yang menggunakan jihad perang sebagai falsafah bagi mewujudkan 'Daulah Islamiyah' atau negara Islam di rantau ini.

"Pada peringkat awal kemunculan kumpulan itu pada 2004, pengikut Millah Abraham cuma 200 hingga 300 orang sahaja, tetapi sejak akhir-akhir ini pengikut ajaran itu semakin bertambah dan ini amat membimbangkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada seminar Islam dan Anti Terrorisme Peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Mess Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Awaludin berkata, ajaran sesat itu dikesan giat disebarkan di kawasan seperti Cheras, Kuala Lumpur dan Klang, Selangor.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Mar 2016 3.04 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.31 PM