
Article
Aisse 25 Timbalan Kpn Pengarah Jabatan Kdnka Iring Mdn Ke Media Walkabout Di Picc Pastikan Penganjuran Berprestij
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasutio...
Putrajaya, 19 Januari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay pagi tadi mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengadakan sesi bersama media atau “media walkabout” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim.
Lebih 30 pengamal media hadir memenuhi jemputan KDN untuk membuat liputan bagi menguar-uarkan perjalanan program keselamatan paling berprestij di peringkat antarabangsa pada tahun 2025 ini sebelum diakhiri sidang media oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Seusai sesi tadi, barisan jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur selaku Pengerusi Jawatankuasa Peluncuran dan Penutupan AISSE’25, DCP Alzafny Ahmad telah mengadakan raptai penuh perjalanan majlis di “Hall B” PICC.
Bertemakan “Asia United: Charting The Future of Global Peace and Security Through Law Enforcement Collaboration”, AISSE’25 dijangka bakal disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mewakili Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada jam 9.00 pagi.
Antara kenamaan negara lain yang turut dijangka hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz dan Ketua-ketua Agensi Kerajaan Persekutuan.
Orang ramai dijemput untuk menyaksikan secara langsung majlis peluncuran AISSE’25 menerusi Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia esok seawal jam 8.30 pagi.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid