Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Aisse 25 Timbalan Kpn Hadir Dua Sesi Forum Pada Hari Terakhir Persidangan

Diterbitkan: 22 Jan 2025 11.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 22 Januari 2025 – Berbaki beberapa jam sahaja sebelum Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) menutup tirai, Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri dua sesi forum yang berlangsung di Putra Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/aisse-25-timbalan-kpn-hadir-dua-sesi-forum-pada-hari-terakhir-persidangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:52 MYT
Putrajaya, 22 Januari 2025 – Berbaki beberapa jam sebelum Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) menutup tirai, Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri dua sesi forum yang berlangsung di Putra Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.
Forum bertajuk “Securing the Future: Leveraging 5G Technology to Strengthen National Security”, memberi peluang kepada para tetamu mendengar ucapan daripada Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan Ketua Pegawai Maklumat UMobile, Mr. Neil Tomkinson.

Turut diundang, Ketua Pegawai Penguatkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Puan Eneng Faridah Iskandar selaku moderator.

Sesi yang berlangsung hampir sejam tadi telah mengupas lebih mendalam tentang bagaimana teknologi 5G boleh memperkukuhkan keselamatan negara dengan meningkatkan pengesanan dan tindak balas terhadap ancaman siber, melindungi rangkaian dan menyokong usaha-usaha membanteras penipuan dalam talian serta jenayah siber.

Seusai forum, Dato’ Sri Ayob Khan bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman dan Pengerusi SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din mengiringi Tuan Ahmad Fahmi bagi mengadakan lawatan ke reruai pameran syarikat yang mengambil bahagian.
Terdahulu di sebelah pagi, Dato’ Sri Ayob Khan turut mengikuti forum bertajuk “The Future of AI in National Security: Emerging Trends and Strategic Implications”.

Tiga panel jemputan iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Aplikasi dan Infrastruktur, Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Ts. Muzamir Mokhtar bersama Mr. Rashid Mohammed Al-Mohanadi dari Barzan Holdings dan Data Analytics Workload Specialist, Dell Technologies, Mr. Vasanth Pandiaraj berkongsi pengetahuan serta pandangan berkenaan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dijangka memberi impak besar terhadap strategi keselamatan negara di masa hadapan.

Turut dibincangkan adalah pendekatan terbaik dalam memastikan AI dapat digunakan bagi memberi manfaat kepada keselamatan global.

Hadir sama dalam sesi tadi ialah barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia, para pegawai kanan agensi kerajaan dan swasta, perwakilan asing serta pengamal media.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 5 people and text
 

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 4 people, suit and indoors

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of ‎7 people and ‎text that says '‎SECURING InE r LEVERAGING 5G TECHNOLO TO ST ENGTHEN NATIONAL SE 2ND JANUARY 5| TRA HAL 32, PIC Pre

May be an image of 5 people, wrist watch and text

May be an image of 9 people, crowd and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

ArtikelDiterbitkan 22 Jan 2025 11.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM