
Artikel
Aisse 25 Kunjungan Hormat Kedua Ke Atas Kpn Oleh Delegasi Afp Terima Cendera Kenangan Daripada Tiga Ketua Delegasi Polis Asean
Dalam jadual padat di hari kedua Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa 2025 (AISSE’25) tadi, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain ter...
Putrajaya, 21 Januari 2025 - Dalam jadual padat di hari kedua Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa 2025 (AISSE’25) tadi, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain terus menerima kunjungan hormat daripada delegasi luar negara.
Jadual petang beliau tadi disusuli dengan menerima kunjungan hormat Australian Police Force (AFP) yang diketuai AFP Commander South East Asia, Commander Warwick Macfarlane.
Selain berbincang mengenai kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dengan AFP, Tan Sri Razarudin dan Commander Warwick turut menyatakan keazaman untuk memperkukuhkan usaha membanteras jenayah narkotik serta siber selain mempertingkatkan latihan kerjasama antara kedua-dua badan penguatkuasa.
Seusai itu, Tan Sri Razarudin sempat memenuhi undangan ringkas penyampaian cenderahati kenangan daripada rakan delegasi polis negara ASEAN iaitu Thailand, Filipina dan Laos.
Majlis ringkas penyampaian cenderahati kepada Tan Sri Razarudin tadi disempurnakan oleh Director of Police Cyber Taskforce/Anti-Human Trafficking Center, Royal Thai Police, Police General Thatchai Pitaneelaboot diikuti Director for Information Technology Management System For The Philippine National Police, Police Brigedier General Atty Edwin Quilates dan diakhiri dengan Timbalan Ketua Polis Republik Laos PDR, Police Brigedier General Kongsavat Bounlieng.
Yang turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad serta Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid
























