Article
Aisse 25 Kpn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Polis Timor Leste
Putrajaya, 20 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi polis dari Timor Leste,...
Putrajaya, 20 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi polis dari Timor Leste, di pejabatnya, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.
Antara intipati perbincangan dalam pertemuan empat mata tersebut melibatkan kerjasama berterusan antara kedua-dua agensi penguatkuasaan, termasuk memperkukuhkan hubungan bagi keselamatan negara masing-masing.
Turut hadir dalam kunjungan hormat tadi ialah barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Datuk Marzuki Mohd Mokhtar, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Superintenden Perhubungan Antarabangsa, Superintenden Loh Pei Pei.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstable Muhammad Azri Sabri.