Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Aisse 25 Kpn Mdn Rai Ketua Ketua Delegasi Luar Negara Dalam Majlis Makan Malam

Diterbitkan: 20 Jan 2025 5.42 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 21 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain malam tadi mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meraikan ketua-ketua delegasi negara luar yang hadir ke Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) di Restoran Rebung 2, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/aisse-25-kpn-mdn-rai-ketua-ketua-delegasi-luar-negara-dalam-majlis-makan-malam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:26 MYT

Putrajaya, 21 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain malam tadi mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meraikan ketua-ketua delegasi negara luar yang hadir ke Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) di Restoran Rebung 2, di sini.

Majlis secara rasminya dimulakan kira-kira jam 8.30 malam tadi sesuai ketibaan Datuk Seri Saifuddin Nasution sebelum para tetamu mengabdikan kenangan di Malaysia dalam sesi fotografi bersama.

Dalam jamuan malam tadi, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan oleh Badan Seni Budaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh Pegawai Penyelaras Badan Seni Budaya PDRM, ASP Norfazila Ibrahim.

Kesemua tetamu luar negara yang diraikan adalah bersempena majlis rasmi hari pertama AISSE'25 yang julung-julung kali dianjurkan oleh Malaysia, selaku tuan rumah pada tahun ini.

Menerusi jamuan malam tadi, pucuk pimpinan Pasukan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpeluang bersama-sama ketua-ketua delegasi untuk meneroka cara yang lebih rapat untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama sedia ada antara kesemua negara yang menyertai AISSE’25 kali ini.

Yang turut hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengerusi Alpine Integrated Solution Sdn. Bhd, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Pengarah-pengarah PDRM, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed dan barisan pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of 2 people and text

May be an image of 11 people

May be an image of 5 people, lighting, fire, fireworks and text

May be an image of 5 people, crowd and text

May be an image of 3 people

May be an image of fireworks

May be an image of 7 people

May be an image of 5 people, suit and text

May be an image of 9 people, dais and text

May be an image of 1 person


ArtikelDiterbitkan 20 Jan 2025 5.42 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM