
Article
Aisse 25 Kpn Mdn Rai Ketua Ketua Delegasi Luar Negara Dalam Majlis Makan Malam
Putrajaya, 21 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain malam tadi mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasut...
Putrajaya, 21 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain malam tadi mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meraikan ketua-ketua delegasi negara luar yang hadir ke Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) di Restoran Rebung 2, di sini.
Dalam jamuan malam tadi, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan oleh Badan Seni Budaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh Pegawai Penyelaras Badan Seni Budaya PDRM, ASP Norfazila Ibrahim.
Kesemua tetamu luar negara yang diraikan adalah bersempena majlis rasmi hari pertama AISSE'25 yang julung-julung kali dianjurkan oleh Malaysia, selaku tuan rumah pada tahun ini.
Menerusi jamuan malam tadi, pucuk pimpinan Pasukan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpeluang bersama-sama ketua-ketua delegasi untuk meneroka cara yang lebih rapat untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama sedia ada antara kesemua negara yang menyertai AISSE’25 kali ini.
Yang turut hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengerusi Alpine Integrated Solution Sdn. Bhd, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Pengarah-pengarah PDRM, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed dan barisan pegawai kanan PDRM.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid









