Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Aisse 25 Ketua Ketua Delegasi Luar Negara Mula Tiba Di Kuala Lumpur

Diterbitkan: 19 Jan 2025 1.06 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sepang, 19 Januari 2025 - Ketua-ketua delegasi luar negara mula tiba di Kuala Lumpur bermula Selasa lalu bagi menghadiri acara keselamatan dalaman paling penting di dunia, Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bermula esok.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/aisse-25-ketua-ketua-delegasi-luar-negara-mula-tiba-di-kuala-lumpur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:31 MYT
Sepang, 19 Januari 2025 - Ketua-ketua delegasi luar negara mula tiba di Kuala Lumpur bermula Selasa lalu bagi menghadiri acara keselamatan dalaman paling penting di dunia, Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bermula esok.

General Commander for Timor Leste Police, Police Commisioner General Henrique Da Costa bersama isteri, Madam Manuela De Araujo dan delegasi merupakan ketua delegasi negara luar pertama tiba di negara ini pada 16 Januari lalu untuk menyertai persidangan.

Diikuti beberapa ketua delegasi negara antarabangsa lain pada hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini seawal jam 7.00 pagi tadi dengan disambut oleh para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Antaranya, Ketua Polis Negara Emiriah Arab Bersatu, Major General Ali Abdulla Ali Binalwan Alnuaimi, Director of India Central Bureau Investigation, Mr. Pravin Madhukar Pawar, Director of The Guards and Facilities Department at The Qatar Ministry of Interior, Major General Dr. Ali Khajim Al-Adhbi dan Commander of Singapore Police Coast Guard, SAC Cheang Keng Keong. Kesemua ketua delgasi tersebut hadir bersama pasangan dan delegasi negara masing-masing.

Turut dijangka tiba di tanah air hari ini sehingga esok sebelum acara perasmian ialah Deputy Commisioner General of Cambodia Police, Police Lieutenant General Chea Peou, Director General of Japan’s International Affairs, Mr. Ayako Aoyama, Deputy Director of China Cybersecurity Department, Police Commisioner II Shi You, Senior Inspector General of Royal Thai Police, Police General Thatchai Pitaneelaboot dan Director of Cybercrime INTERPOL, Dr. Neal Jetton.

Yang turut tiba, Timbalan Ketua Polis Negara Myanmar, Police Major General Tin Ko Ko, Deputy Director of Laos General Department, Police Brigedier General Kongsavat Baounlieng, Deputy Director of The Philippine’s Directorate for Information and Communication Technology Management Department, Police Brigeder General Jericho O Baldeo, Senior Officer Kuala Lumpur Australian Federal Police, Detective Superintenden Nicholas Moger dan Ketua Polis Hong Kong, Mr. Brian Cheng Yat Pang.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Nur Sabrina Ghazali
ArtikelDiterbitkan 19 Jan 2025 1.06 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM