Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Air Lalok Perisa Anggur Teh Limau Dan Oren

Published: 06 Aug 2015 3.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Kuala Lumpur berjaya mengesan sindiket dadah yang mencampurkan serbuk pil ekstasi ke dalam air minuman pelbagai perisa sebagai taktik baharu pengedaran dadah dari dikesan oleh pihak berkuasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/air-lalok-perisa-anggur-teh-limau-dan-oren
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:22 MYT

Polis Kuala Lumpur berjaya mengesan sindiket dadah yang mencampurkan serbuk pil ekstasi ke dalam air minuman pelbagai perisa sebagai taktik baharu pengedaran dadah dari dikesan oleh pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (KJSJN) Kuala Lumpur, ACP Wan Abdullah Ishak berkata, sindiket yang membabitkan lelaki dan wanita yang berumur antara 20 sehingga 28 tahun itu dipercayai mencampurkan serbuk dadah pelbagai jenis mengikut sukatan yang telah mereka tetapkan ke dalam botol minuman sebelum ianya dijual di kelab-kelab malam dan peserta parti liar di sekitar ibu kota.

Pihak polis berjaya merampas 264 botol air pelbagai jenis seperti anggur, teh limau dan oren yang telah dicampurkan dengan serbuk lalok tadi dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM38,000.

Sumber: Harian Metro
Air Lalok Perisa Anggur Teh Limau Dan Oren

ArticlePublished 06 Aug 2015 3.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM