Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ahli Geng Paikar Dicekup

Diterbitkan: 31 Oct 2017 4.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kepala Batas, 31 Okt. 2017 - Polis Seberang Perai Utara (SPU) menahan tiga lelaki dipercayai anggota ‘Geng Paikar’ selepas memecah masuk dua premis perniagaan di Pusat Perniagaan Raja Uda, Jalan Raja Uda, Butterworth minggu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ahli-geng-paikar-dicekup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:26 MYT

AHLI GENG PAIKAR DICEKUP

Kepala Batas, 31 Okt. 2017 - Polis Seberang Perai Utara (SPU) menahan tiga lelaki dipercayai anggota ‘Geng Paikar’ selepas memecah masuk dua premis perniagaan di Pusat Perniagaan Raja Uda, Jalan Raja Uda, Butterworth minggu lalu.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dua suspek terbabit dikesan selepas mereka memecah masuk sebuah salun di kawasan itu pada pukul 11.30 malam 26 Oktober lalu.

Menurutnya, selang beberapa jam kemudian mereka sekali lagi menceroboh syarikat penapis udara dan air di kawasan sama dan melarikan beberapa barangan.

“Hasil soal siasat, polis kemudiannya menahan perancang utama kes itu di sebuah rumah di Ayer Itam awal pagi ini dan berjaya menemukan semula pelbagai barangan dipercayai hasil curi.

“Kesemua barangan ini dijual kepada pembeli tertentu dan setakat ini kita telah menahan dua lelaki dipercayai membeli barangan curi daripada kumpulan ini,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Polis Daerah SPU di sini hari ini.

Tambah Noorzainy, jumlah kerugian bagi kedua-dua kes adalah dianggarkan sebanyak RM50,000 dan barangan yang dicuri berjaya ditemukan semula.

Jelasnya, kesemua suspek kini direman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. 

Sumber : http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/ahli-geng-paikar-dicekup-1.545460

ArtikelDiterbitkan 31 Oct 2017 4.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM