Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Agih Juadah Berbuka Semarakkan Lagi Kemuliaan Ramadan

Published: 14 Jun 2017 2.17 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kolaborasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan syarikat telekomunikasi terkemuka negara Telekom Malaysia (TM) hari ini telah menyemarakkan lagi pengimarahan Ramadan menerusi Majlis Penyampaian Juadah Berbuka Puasa di sekitar ibu negara, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/agih-juadah-berbuka-semarakkan-lagi-kemuliaan-ramadan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:55 MYT



Kuala Lumpur, 14 Jun 2017- Kolaborasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan syarikat telekomunikasi terkemuka negara Telekom Malaysia (TM) hari ini telah menyemarakkan lagi pengimarahan Ramadan menerusi Majlis Penyampaian Juadah Berbuka Puasa di sekitar ibu negara, petang tadi.

Bermula dari Jalan Tun Perak (LRT Masjid Jamek) seawal jam 5 petang, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim diiringi Pengarah JSPT Bukit Aman, Dato’ Mahamad Akhir Darus dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman mula mengagihkan bubur lambuk kepada anggota polis yang bertugas mengawal lalu lintas dan juga kepada orang ramai.

Dalam pada yang sama kepimpinan PDRM dan warga Telekom Malaysia turut sama beramah mesra dan mendekati masyarakat sambil mengedarkan risalah berkenaan Op Selamat 11/2017 kepada orang ramai.

Lokasi yang turut disinggahi dalam program ini adalah di sekitar Jalan Esfahan (SOGO) sebelum konvoi kepimpinan PDRM dan Telekom Malaysia yang diketuai Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim begerak ke perkarangan Dataran JSPT KL, Balai Polis Trafik, Jalan Bandar untuk majlis berbuka puasa.

Antara yang hadir sama menjayakan Majlis Penyampaian Juadah Berbuka Puasa ini adalah, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mazlan Lazim, barisan pegawai kanan, anggota PDRM dari sekitar ibu kota, pengurus kanan Telekom Malaysia dan rakan media.

Agih Juadah Berbuka Semarakkan Lagi Kemuliaan Ramadan
Sekitar persiapan bubur lambuk di perkarangan Dataran JSPT KL, Balai Polis Trafik, Jalan Bandar

Agih Juadah Berbuka Semarakkan Lagi Kemuliaan Ramadan
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman mengagihkan bubur lambuk kepada anggota polis yang sedang bertugas

Agih Juadah Berbuka Semarakkan Lagi Kemuliaan Ramadan
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai

Agih Juadah Berbuka Semarakkan Lagi Kemuliaan Ramadan
Pengagihan bubur lambuk di sekitar Jalan Tun Perak (LRT Masjid Jamek) oleh Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik KL bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman

Agih Juadah Berbuka Semarakkan Lagi Kemuliaan Ramadan
Sekitar majlis berbuka puasa warga Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan Telekom Malaysia (TM) di perkarangan Dataran JSPT KL, Balai Polis Trafik, Jalan Bandar



ArticlePublished 14 Jun 2017 2.17 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM