Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Acp Salim Youp Ketua Cawangan Khas Melaka

Published: 04 Sep 2018 1.31 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Melaka, 4 September 2018 –Timbalan Ketua Cawangan Khas Sabah, ACP Salim Youp dilantik Ketua Cawangan Khas Melaka yang baharu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/acp-salim-youp-ketua-cawangan-khas-melaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:09 MYT

Melaka, 4 September 2018 –Timbalan Ketua Cawangan Khas Sabah, ACP Salim Youp dilantik Ketua Cawangan Khas Melaka yang baharu.

Salim Youp, 53, mengambil alih tugas daripada ACP Borhan Daud, 60, yang menamatkan perkhidmatan cukup persaraan beliau selepas 38 tahun dalamPolis Diraja Malaysia.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini dan disaksikan oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.

Raja Shahrom berkata sepanjang sembilan bulan Borhan bertugas di kontinjen itu, pelbagai kejayaan dan khidmat bakti yang dilakukan oleh beliau dalam mengekalkan keselamatan negeri ini.

Katanya, beliau juga berharap Salim dapat melakukan kesinambungan dalam memberi perkhidmatan cemerlang dan kejayaan terhadap kontinjen Melaka.

- BERNAMA

ArticlePublished 04 Sep 2018 1.31 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM