98 Wanita Warga Asing Ditahan Di Pusat Hiburan
Seramai 64 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) diberkas dalam serbuan oleh pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi semalam.
Serbuan yang dilakukan sepasukan anggota Skuad Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman, berjaya memberkas 62 wanita warga Thailand dan dua lagi warga kemboja serta dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Pemeriksaan mendapati pusat hiburan tersebut mempunyai lesen, namun melanggar syarat ditetapkan kerana beroperasi lebih masa.
Sementara itu di Jalan Kuchai Lama, seramai 34 warga asing termasuk dua remaja bawah umur ditahan Unit Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) Bukit Aman, di sebuah pusat hiburan.
Wanita warga sing itu dipercayai turut menawarkan kegiatan seks di luar premis manakala seorang lelaki dipercayai penjaga premis turut ditahan.
Sumber: Sinar Harian