Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

95 Orang Ditahan Atas Pelbagai Kesalahan Dadah Sepanjang Okt Di Kota Tinggi

Published: 10 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata tangkapan terbabit melibatkan 90 lelaki dan lima wanita dalam operasi yang dijalankan di Bandar Penawar, Felda Air Tawar, Felda Lok Heng dan kawasan sekitarnya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/95-orang-ditahan-atas-pelbagai-kesalahan-dadah-sepanjang-okt-di-kota-tinggi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:19 MYT

Kota Tinggi, 10 Nov - Seramai 95 penagih dan pengedar dadah berusia 17 hingga 55 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata tangkapan terbabit melibatkan 90 lelaki dan lima wanita dalam operasi yang dijalankan di Bandar Penawar, Felda Air Tawar, Felda Lok Heng dan kawasan sekitarnya.

Menurutnya semua suspek sudah didakwa di mahkamah dan pada masa sama pihaknya juga berjaya merampas dadah jenis heroin, ganja dan syabu dengan nilai keseluruhan hampir RM3,000.

"Kejayaan ini adalah hasil usaha polis menangani masalah jenayah dan dadah. Bagaimanapun, masalah ini tidak akan dapat diselesaikan tanpa kerjasama daripada ibu bapa dan masyarakat," kata Rahmat kepada pemberita di sini hari ini.

Selain itu, katanya polis juga berjaya menggempur empat pengkalan dadah di daerah ini yang membabitkan kawasan Felda Air Tawar 3, Felda Lok Heng, Felda Adela dan juga pengkalan baja Sedili.

Rahmat berkata pihaknya akan meneruskan operasi dadah secara besar-besaran menjelang akhir tahun ini khususnya bagi pengkalan penagih yang terdapat di kawasan Felda.

"Kita dapati apabila satu pengkalan digempur, mereka akan bergerak ke kawasan yang baharu pula. Jadi kita minta orang ramai khususnya masyarakat Felda untuk terus memberi maklumat kepada polis sekiranya mengetahui aktiviti itu.

Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah ini melalui bilik gerakan khas polis Kota Tinggi di talian 07-8837222, kata Rahmat.- BERNAMA

ArticlePublished 10 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM