Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

947 Keluarga Polis Terima Bantuan Bencana Banjir

Published: 31 Dec 2014 8.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Subang, 31 Dis – Sumbangan berbentuk barangan makanan dan keperluan harian bernilai kira-kira RM 35 ribu akan diserahkan kepada 947 buah keluarga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri-negeri yang terlibat dengan bencana banjir.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/947-keluarga-polis-terima-bantuan-bencana-banjir
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:52 MYT
947 KELUARGA POLIS TERIMA BANTUAN BENCANA BANJIR

Subang, 31 Dis – Sumbangan berbentuk barangan makanan dan keperluan harian bernilai kira-kira RM 35 ribu akan diserahkan kepada 947 buah keluarga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri-negeri yang terlibat dengan bencana banjir.

Dalam satu majlis penyerahan sumbangan di Redland Aviation Services, Lapangan Terbang Subang pagi tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan PDRM sememangnya mencuba sedaya-upaya untuk membantu meringankan beban warganya yang terlibat dalam bencana tersebut.

“PDRM sendiri juga ada mengadakan kutipan sumbangan daripada kalangan warga kami, baik di peringkat kontinjen mahupun daerah.

"Tahniah saya ucapkan di atas inisiatif dan keprihatinan yang telah ditunjukkan, dan semoga selepas ini lebih banyak sumbangan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan,” tambahnya lagi.

Majlis penyerahan sumbangan pada hari ini telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah-pengarah PDRM, Pengarah Urusan Eksekutif Redland Aviation Services, Dato’ Ismail Hassan serta pegawai-pegawai kanan polis.

947 Keluarga Polis Terima Bantuan Bencana Banjir
Tan Sri Dato’ Sri Khalid ketika memberi ucapan.

947 Keluarga Polis Terima Bantuan Bencana Banjir
Antara yang hadir.

947 Keluarga Polis Terima Bantuan Bencana Banjir
Antara yang hadir.

947 Keluarga Polis Terima Bantuan Bencana Banjir
Antara yang hadir.

947 Keluarga Polis Terima Bantuan Bencana Banjir
Simbolik penyerahan sumbangan.


947 Keluarga Polis Terima Bantuan Bencana Banjir
Simbolik penyerahan sumbangan.

947 Keluarga Polis Terima Bantuan Bencana Banjir
Gambar kenangan.
ArticlePublished 31 Dec 2014 8.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM