Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

927 Pelatih Kor Suksis Universiti Awam Tamat Latihan

Diterbitkan: 21 Aug 2016 8.00 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.24 PM
Seramai 927 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi (Kor SUKSIS) dari 19 buah Universiti Awam seluruh Malaysia diraikan dalam upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan Kor SUKSIS Universiti Awam se-Malaysia kali ke-12 di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM), pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/927-pelatih-kor-suksis-universiti-awam-tamat-latihan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:57 MYT

.
Serdang, 21 Ogos 2016 - Seramai 927 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi (Kor SUKSIS) dari 19 buah Universiti Awam seluruh Malaysia diraikan dalam upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan Kor SUKSIS Universiti Awam se-Malaysia kali ke-12 di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM), pagi tadi.

UPM dipilih sebagai tuan rumah untuk upacara tamat latihan pada tahun ini dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim sendiri telah hadir bagi mewakili pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antara pelatih Kor SUKSIS dari Universiti Awam yang terlibat dalam upacara tamat latihan pada tahun ini adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan banyak lagi.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Dato Sri’ Noor Rashid Ibrahim menyifatkan Kor SUKSIS sebagai salah satu mekanisme untuk menyemaikan nilai moral dan patriotik di kalangan siswazah bagi membentuk masyarakat Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama.

"Segala ilmu pengetahuan dan bakat kepimpinan yang digilap menerusi latihan ini diharap dapat diterjemahkan melalui kesinambungan sebagai pelapis dan pewaris generasi baharu dalam PDRM yang akan menentukan masa depan negara," ujar beliau.

Seramai 19 pelatih telah dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan mewakili setiap Universiti Awam yang terlibat.

Turut hadir Naib Canselor UPM, Profesor Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Dato’ Acryl Sani Hj.Abdullah Sani, Ketua-ketua Polis Negeri, Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato' Haji Mohd Fuad Abd Latiff,  Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM merangkap Komandan Kor SUKSIS UPM, ACP/KS Profesor Dato’ Dr. Mohamad Shatar Sabran, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Kamel Mohamad, tetamu kehormat dan dif-dif jemputan.

927 Pelatih Kor Suksis Universiti Awam Tamat LatihanTimbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim menerima Hormat Panglima di pentas utama

927 Pelatih Kor Suksis Universiti Awam Tamat LatihanPemeriksaan perbarisan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim

927 Pelatih Kor Suksis Universiti Awam Tamat LatihanTimbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan hadiah kepada Pelatih Terbaik Keseluruhan daripada setiap Universiti Awam

927 Pelatih Kor Suksis Universiti Awam Tamat LatihanTimbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan hadiah kepada Pelatih Terbaik Keseluruhan daripada setiap Universiti Awam

927 Pelatih Kor Suksis Universiti Awam Tamat LatihanSekitar Upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan Kor SUKSIS Universiti Awam se-Malaysia kali ke-12 di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM)

927 Pelatih Kor Suksis Universiti Awam Tamat LatihanSekitar Upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan Kor SUKSIS Universiti Awam se-Malaysia kali ke-12 di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM)

927 Pelatih Kor Suksis Universiti Awam Tamat LatihanTimbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan sijil kepada pelatih KOR SUKSIS

927 Pelatih Kor Suksis Universiti Awam Tamat LatihanTimbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan sijil kepada pelatih KOR SUKSIS

ArtikelDiterbitkan 21 Aug 2016 8.00 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.24 PM