Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

90 Pelajar Sekolah Sertai Program Bermalam Di Muzium Pdrm

Published: 16 Sep 2017 7.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 16 September 2017 – Seramai 90 pelajar dari lima buah sekolah telah menyertai Program Bermalam Di Muzium Polis Diraja Malaysia 2017 yang diadakan di Muzium PDRM, dekat sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/90-pelajar-sekolah-sertai-program-bermalam-di-muzium-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:42 MYT

90 PELAJAR SEKOLAH SERTAI PROGRAM BERMALAM DI MUZIUM PDRM

Kuala Lumpur, 16 September 2017 – Seramai 90 pelajar dari lima buah sekolah telah menyertai Program Bermalam Di Muzium Polis Diraja Malaysia 2017 yang diadakan di Muzium PDRM, dekat sini, pagi tadi.

Program yang telah berlangsung semalam itu merupakan sebuah program yang mula popular bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara di seluruh dunia apabila ianya diadaptasikan dari filem “Night At The Museum” yang mula ditayangkan pada tahun 2006 lalu.

Program ini juga merupakan kolobrasi bersama Jabatan Muzium Malaysia dan ianya diadakan secara serentak di 32 muzium seluruh negara dengan melibatkan jumlah penyertaan seramai 1,959 pelajar.

Ini merupakan penyertaan julung-julung kali disertai oleh Muzium PDRM semenjak ianya ditubuhkan.

Menurut Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Dato’ Zaini Jas, program seperti ini dilihat mampu memberi peluang kepada peserta untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di dalam muzium dan secara tidak langsung ianya mampu melahirkan generasi yang menghargai warisan dan artifak serta sejarah unik yang ada dalam negara.

“Program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dan dijadikan sebagai acara tahunan bagi membantu usaha murni pihak kerajaan untuk menanamkan semangat patriotisme dan nilai perpaduan yang teguh dalam kalangan generasi muda hari ini,” ujar beliau dalam Majlis Perasmian Dan Penutupan Program Bermalam DI Muzium PDRM 2017 di Auditorium Muzium PDRM.

Hadir sama dalam majlis tadi, Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan Sukan Rekreasi), ACP Tuan Haji Zulkefly Yahya, Penolong Pengarah Muzium Kepolisian, DSP Gazali Yunos, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM, warga kerja Muzium PDRM dan Guru-Guru Penyelaras sekitar Kuala Lumpur.

12
ArticlePublished 16 Sep 2017 7.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM