
9
WARGA IRAN TUMPAS! : Risikan dan siasatan selama sebulan membuahkan
hasil apabila pihak polis berjaya menahan sekumpulan sindiket pengedaran
dadah warga Iran dalam satu operasi yang dijalankan pada 5 April 2011.
Penahanan 5 lelaki dan 4 wanita yang berusia antara umur 25- 38 tahun
tersebut membawa kepada penemuan 71.4kg dadah jenis syabu bernilai RM
17.9 juta. Pihak polis turut merampas wang tunai (RM7.1 juta, USD 6,500
dan Iran Riyal 14juta), lima buah kereta, 26 utas jam tangan dan 2 buah
komputer riba.
Sindiket
ini menjalankan aktiviti pengedaran dadah dengan menyewa kediaman atau
kondo mewah bagi mengelakkan taktik mereka dikesan dan didapati turut
membekalkan dadah untuk pasaran Indonesia, Jepun, Australia dan New
Zealand.
Kejayaan
ini adalah hasil maklumat orang ramai serta kecekapan pegawai dan
anggota JSJN dalam usaha membanteras sindiket pengedaran dadah oleh
warga asing.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
9 Warga Iran Tumpas
Risikan dan siasatan selama sebulan membuahkan hasil apabila pihak polis berjaya menahan sekumpulan sindiket pengedaran dadah warga Iran dalam satu operasi yang dijalankan pada 5 April 2011...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/9-warga-iran-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.