Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

9 Warga Iran Tumpas

Published: 16 Jun 2014 4.12 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Risikan dan siasatan selama sebulan membuahkan hasil apabila pihak polis berjaya menahan sekumpulan sindiket pengedaran dadah warga Iran dalam satu operasi yang dijalankan pada 5 April 2011...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/9-warga-iran-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:59 MYT

9 Warga Iran Tumpas

9 WARGA IRAN TUMPAS! : Risikan dan siasatan selama sebulan membuahkan hasil apabila pihak polis berjaya menahan sekumpulan sindiket pengedaran dadah warga Iran dalam satu operasi yang dijalankan pada 5 April 2011. Penahanan 5 lelaki dan 4 wanita yang berusia antara umur 25- 38 tahun tersebut membawa kepada penemuan 71.4kg dadah jenis syabu bernilai RM 17.9 juta. Pihak polis turut merampas wang tunai (RM7.1 juta, USD 6,500 dan Iran Riyal 14juta), lima buah kereta, 26 utas jam tangan dan 2 buah komputer riba.

Sindiket ini menjalankan aktiviti pengedaran dadah dengan menyewa kediaman atau kondo mewah bagi mengelakkan taktik mereka dikesan dan didapati turut membekalkan dadah untuk pasaran Indonesia, Jepun, Australia dan New Zealand.

Kejayaan ini adalah hasil maklumat orang ramai serta kecekapan pegawai dan anggota JSJN dalam usaha membanteras sindiket pengedaran dadah oleh warga asing.

ArticlePublished 16 Jun 2014 4.12 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM