Mengimbas semula kejadian, mangsa yang berumur 34 tahun telah diculik oleh sekumpulan lelaki dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana di sebuah tapak projek di Seri Kembangan Selangor, 22 Mac lalu. Sejurus selepas penculikan berlaku, suspek turut meminta wang tebusan sebanyak RM300 ribu daripada keluarga mangsa.
Walau bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan polis awal pagi kelmarin dan pihak polis turut merampas beberapa barangan yang disyaki digunakan dalam jenayah yang dilakukan termasuk wang tunai berjumlah melebihi RM275 ribu.
Kesemua suspek kini direman sehingga 7 April 2012 dan disiasat dibawah sekyen 3 Akta Culik 1961.
Ketua Polis Selangor menunjukkan barang kes.
