Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

9 Suspek Kes Culik Diberkas

Published: 17 Jun 2014 12.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketekunan dan kesungguhan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor menyelesaikan satu kes culik membuahkan hasil apabila kesemua sembilan suspek warga tempatan yang terlibat berjaya ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/9-suspek-kes-culik-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:17 MYT
9 SUSPEK KES CULIK DIBERKAS : Ketekunan dan kesungguhan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor menyelesaikan satu kes culik membuahkan hasil apabila kesemua sembilan suspek warga tempatan yang terlibat berjaya ditahan.

Mengimbas semula kejadian, mangsa yang berumur 34 tahun telah diculik oleh sekumpulan lelaki dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana di sebuah tapak projek di Seri Kembangan Selangor, 22 Mac lalu. Sejurus selepas penculikan berlaku, sus
pek turut meminta wang tebusan sebanyak RM300 ribu daripada keluarga mangsa. 

Walau bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan polis awal pagi kelmarin dan pihak polis turut merampas beberapa barangan yang disyaki digunakan dalam jenayah yang dilakukan termasuk wang tunai berjumlah melebihi RM275 ribu.

Kesemua suspek kini direman sehingga 7 April 2012 dan disiasat dibawah sekyen 3 Akta Culik 1961.

Ketua Polis Selangor menunjukkan barang kes.
9 Suspek Kes Culik Diberkas
ArticlePublished 17 Jun 2014 12.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM