9 Pemandu Bas Miliki Waran Tangkap Ditahan Dalam Ops Khas Wa
Kuala
Terengganu, 3 Okt - Sembilan pemandu yang mempunyai waran tangkap
kerana pelbagai kesalahan jalan raya ditahan dalam Ops Khas Warta Bas di
negeri ini dari 26 Sept hingga semalam.
Ada
antara pemandu yang berusia 29 hingga 55 tahun itu mempunyai sehingga
tiga waran tangkap, kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik
Terengganu Supt Alias Hashim.
Beliau berkata sepanjang operasi itu sebanyak 193 pemandu bas diperiksa di tujuh lokasi di negeri ini.
Turut
diperiksa dalam operasi itu ialah 25 pemandu kereta dan 10 penunggang
motosikal yang berada berhampiran terminal serta stesen bas, katanya
sambil memberitahu bahawa dua daripada penunggang motosikal yang
diperiksa itu mempunyai waran tangkap.
"Setakat
ini kesemua pemandu yang ditahan memberikan kerjasama dan mereka turut
berjanji untuk menjelaskan bayaran bagi mengelakkan tindakan susulan
diambil," katanya kepada pemberita di sini.
Sumber : BERNAMA