Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

9 Pemandu Bas Miliki Waran Tangkap Ditahan Dalam Ops Khas Wa

Diterbitkan: 18 Jun 2014 1.49 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.39 PM
Kuala Terengganu, 3 Okt - Sembilan pemandu yang mempunyai waran tangkap kerana pelbagai kesalahan jalan raya ditahan dalam Ops Khas Warta Bas di negeri ini dari 26 Sept hingga semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/9-pemandu-bas-miliki-waran-tangkap-ditahan-dalam-ops-khas-wa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:23 MYT

Kuala Terengganu, 3 Okt - Sembilan pemandu yang mempunyai waran tangkap kerana pelbagai kesalahan jalan raya ditahan dalam Ops Khas Warta Bas di negeri ini dari 26 Sept hingga semalam.

Ada antara pemandu yang berusia 29 hingga 55 tahun itu mempunyai sehingga tiga waran tangkap, kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Terengganu Supt Alias Hashim.

Beliau berkata sepanjang operasi itu sebanyak 193 pemandu bas diperiksa di tujuh lokasi di negeri ini.

Turut diperiksa dalam operasi itu ialah 25 pemandu kereta dan 10 penunggang motosikal yang berada berhampiran terminal serta stesen bas, katanya sambil memberitahu bahawa dua daripada penunggang motosikal yang diperiksa itu mempunyai waran tangkap.

"Setakat ini kesemua pemandu yang ditahan memberikan kerjasama dan mereka turut berjanji untuk menjelaskan bayaran bagi mengelakkan tindakan susulan diambil," katanya kepada pemberita di sini.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 1.49 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.39 PM