Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

9 Bookie Orang Tengah Ditahan Di Pulau Pinang

Diterbitkan: 13 Jun 2014 7.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
PULAU PINANG 16 Jun - Semakin lantang amaran polis ke atas bookie dan orang tengah sejak Piala Dunia 2010 bermula, semakin ligat golongan itu menjalankan kegiatan mereka di negeri ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/9-bookie-orang-tengah-ditahan-di-pulau-pinang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:06 MYT

PULAU PINANG 16 Jun - Semakin lantang amaran polis ke atas bookie dan orang tengah sejak Piala Dunia 2010 bermula, semakin ligat golongan itu menjalankan kegiatan mereka di negeri ini.

Ia terbukti apabila dalam tempoh lima hari, sembilan individu berusia dalam lingkungan 25 hingga 67 tahun termasuk tiga ditahan semalam, membabitkan enam kes perjudian kejohanan bola sepak itu.

Malah, siasatan polis turut mendapati ada antara bookie terbabit dikesan menawarkan pinjaman kredit sehingga RM100,000 untuk setiap pertaruhan.

Mereka juga mengaut keuntungan tidak kurang RM30,000 bagi satu perlawanan.

Ketua Polis Negeri, YDH Dato' Ayub Yaakob berkata, terbaru, pihaknya menahan dua lelaki dipercayai melakukan kegiatan perjudian tersebut di sebuah rumah dua tingkat di Seberang Jaya, di sini semalam.

Katanya, selain itu, mereka juga menerima pertaruhan membabitkan perjudian lumba kuda di United Kingdom secara online dan menawarkan pinjaman wang secara haram kepada pelanggan.

Menurutnya, dalam serbuan pada pukul 2.50 pagi itu, kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 28 hingga 33 tahun sedang asyik menerima pertaruhan.

"Pelbagai barangan telah dirampas antaranya dua buah komputer riba, masing-masing sedang memaparkan carta pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia 2010 dan perlumbaan kuda di luar negara.

"Selain itu, tiga buah telefon bimbit, empat buku bank, enam keping kad mesin juruwang automatik (ATM), 11 keping cek, wang tunai berjumlah RM5,625, sebuah buku latihan mengandungi lebih 30 senarai peminjam wang dan beberapa helai kertas tercatat maklumat pertaruhan.

"Siasatan awal mendapati, mereka mengaut keuntungan sekurang-kurangnya RM15,000 untuk satu perlawanan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 7.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM