Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

9 845 Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pdrm Tahun 2014

Diterbitkan: 09 Sep 2015 3.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 8 Sept – Seramai 9, 845 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pegawai awam telah menerima pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PDRM bagi tahun 2014.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/9-845-terima-anugerah-perkhidmatan-cemerlang-pdrm-tahun-2014
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:32 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Arisanti binti Aziz

Kuala Lumpur, 8 Sept – Seramai 9, 845 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pegawai awam telah menerima pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PDRM bagi tahun 2014.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato Sri Noor Rashid Bin Ibrahim di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman, semalam.

Dato Sri Noor Rashid berkata, dengan adanya penganugerahan itu mampu memberikan motivasi kepada seluruh warga PDRM termasuk pegawai awam untuk memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pasukan dan meningkatkan prestasi kerja melalui latihan berterusan.

“Pemilihan calon penerima anugerah amat sengit dan kita harus memilih ‘
the best among the best’”,katanya.

“Saya menyarankan kepada semua warga PDRM untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat setiap waktu dalam apa jua situasi yang mendatang”,ucap beliau.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcit Bank Simpanan Nasional (BSN), Yunos Abdul Ghani, Pengarah – Pengarah PDRM dan warga kerja PDRM.

Pihak BSN telah berbesar hati untuk memberikan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1,000 kepada setiap penerima anugerah APC.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara telah menyampaikan sebanyak 61 sijil APC kepada warga PDRM dan pegawai awam di peringkat Bukit Aman.

9 845 Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pdrm Tahun 2014
Ucapan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato Sri Noor Rashid Bin Ibrahim

9 845 Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pdrm Tahun 2014
Antara penerima anugerah APC bagi warga PDRM dan pegawai awam di peringkat Bukit Aman

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Dato' Jamshah Mustapa menerima anugerah APC

ArtikelDiterbitkan 09 Sep 2015 3.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM