Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

800 Anggota Polis Perak Ditugaskan Sempena Thaipussam

Diterbitkan: 07 Feb 2017 5.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Ipoh, 7 Feb. 2017 - Polis Perak telah bersiap siaga dengan menempatkan seramai 800 pegawai dan anggota untuk bertugas bagi menjaga keselamatan orang awam sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut pada Khamis ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/800-anggota-polis-perak-ditugaskan-sempena-thaipussam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:37 MYT

Ipoh, 7 Feb. 2017 - Polis Perak telah bersiap siaga dengan menempatkan seramai 800 pegawai dan anggota untuk bertugas bagi menjaga keselamatan orang awam sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut pada Khamis ini.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, terdapat enam kuil di Perak yang akan mengadakan sambutan secara besar-besaran sempena perayaan tersebut.

Menurutnya, kuil berkenaan adalah Kallumalai Sri Subramaniam Alayam dan Sri Subramaniam Alayam di Ipoh; Sri Subramniyar Alayam, Sungai Siput; Sri Subramaniar Alayam, Sitiawan; Sri Thandayuthabani Alayam, Tapah; dan Sri Ayyanar Ayalam, Taiping.

"Bagi memastikan perayaan Thaipusam disambut dalam suasana aman damai, kita telah mengatur dan mengambil tindakan awal pencegahan jenayah sepanjang tempoh perayaan berlangsung.

"Kita menempatkan anggota di kawasan yang ditetapkan sehingga perayaan itu selesai," katanya dalam satu kenyataan, tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Hasnan memaklumkan beberapa jalan di Ipoh akan ditutup mulai esok dan Khamis.

"Antara jalan yang ditutup adalah, Jalan Raja Muda Aziz; Bulatan Hospital; Jalan Medan Istana dan Jalan Panglima Bukit Gantang.

"Selain itu, Jalan Lim Boon Seng; Jalan Dato' Onn Jaafar; Jalan SP Seenivasagam; Jalan Sultan Yusof; Jalan Falim dan Jalan Tun Perak turut ditutup bagi tempoh berkenaan," jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

ArtikelDiterbitkan 07 Feb 2017 5.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM