Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

800 Anggota Pga Batalion 8 Beri Bantuan Dalam Pasca Banjir

Published: 02 Jan 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kira-kira 800 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 telah dikerah bagi memberi bantuan pada pasca banjir di Kelantan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/800-anggota-pga-batalion-8-beri-bantuan-dalam-pasca-banjir
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:54 MYT
800 Anggota Pga Batalion 8 Beri Bantuan Dalam Pasca Banjir

Kota Bharu, 2 Jan - Kira-kira 800 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 telah dikerah bagi memberi bantuan pada pasca banjir di Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan itu akan bertanggungjawab membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan mahupun masyarakat untuk membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir besar lalu.

"Pegawai dan anggota dari Batalion 8 telah digerakan bagi membantu membersihkan sekolah, pejabat, rumah dan pelbagai lagi pada pasca banjir ini.

"MaIah Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan udara turut terlibat dalam operasi terbabit. Bagaimanapun, separuh lagi anggota kita telah hantar ke Pahang berikutan bencana banjir semakin buruk di Rompin, Temerloh dan Pekan bagi persediaan menghadapi situasi lebih buruk.

"Anggota PDRM telah bekerja keras ketika beberapa negeri dilanda banjir dan saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi demi masyarakat dan negara," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia
ArticlePublished 02 Jan 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM