Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

8 Pusat Mesin Kuda Diserbu 100 Unit Komputer Dirampas

Published: 17 Jun 2014 7.25 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
Menurut maklumat, unit komputer dalam 8 buah premis yang diserbu berkenaan telah digunakan sebagai mesin kuda dan digunakan oleh pelanggan untuk berjudi...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/8-pusat-mesin-kuda-diserbu-100-unit-komputer-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:41 MYT

Miri - Pihak polis dari cawangan D7 telah membuat serbuan pusat mesin kuda pada pukul 8 malam semalam di Taman Tunku, Miri, Sarawak. Sebanyak 8 buah pusat mesin kuda diserbu, 10 orang ditangkap dan lebih kurang 100 unit komputer dirampas, baru-baru ini.

Pihak polis menunjukkan, operasi kali ini dijalankan secara berperingkat dan bertujuan untuk membanteras gejala ini terutamanya pusat mesin kuda di Taman Tunku.

Menurut maklumat, unit komputer dalam 8 buah premis yang diserbu berkenaan telah digunakan sebagai mesin kuda dan digunakan oleh pelanggan untuk berjudi.

Sebahagian penjaga premis yang ditangkap, pernah ditangkap sebelum ini dan bersikap endah tak endah terhadap undang-undang.

Pihak polis menekankan, maklumat yang dibekalkan oleh orang awam membolehkan pihak polis membuat operasi dengan lebih berkesan dan berharap terus memberi kerjasama, bersama-sama membanteras gejala ini.

8 Pusat Mesin Kuda Diserbu 100 Unit Komputer Dirampas

(Sumber: Miri Daily News, M.S B1, Ahad, 07.07.2013)

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.25 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM