Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

8 Gro Warga Asing Ditahan

Published: 16 Jun 2014 3.03 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan lapan pelayan pelanggan (GRO) warga China, enam pelanggan dan seorang penjaga pusat hiburan dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah pusat hiburan yang baru beroperasi beberapa bulan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/8-gro-warga-asing-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:58 MYT
GEORGE TOWN, 18 Dis (Bernama)

Polis menahan lapan pelayan pelanggan (GRO) warga China, enam pelanggan dan seorang penjaga pusat hiburan dalam satu serbuan yang dijalankan di sebuah pusat hiburan yang baru beroperasi beberapa bulan lepas di Ayer Hitam di sini kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu.

Ketua Polis Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata hasil pemeriksaan awal mendapati kesemua mereka yang ditahan berumur antara 20 dan 30 tahun dan premis tersebut baru pertama kali diserbu sepanjang berlangsungnya Ops Noda.

"Siasatan mendapati setiap GRO itu boleh dibawa keluar untuk perkhidmatan seks dengan bayaran antara RM110 dan RM150 dan setiap pelanggan perlu melanggan mereka terlebih dahulu sebelum dibawa keluar," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau berkata kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.

Katanya kesemua mereka akan disiasat mengikut seksyen 39B Peraturan Imigresen manakala pemilik premis hiburan berkenaan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963.

Menurutnya serbuan itu adalah sebahagian daripada Ops Noda yang dilaksanakan oleh pasukan polis dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Timur Laut yang diketuai oleh Cif Insp Mohd Rozi Aziz.
ArticlePublished 16 Jun 2014 3.03 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM