Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

77 Batang Kayu Berlian Bernilai Rm153 Ribu Dirampas

Diterbitkan: 04 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sarikei berjaya merampas 77 batang kayu berlian bernilai RM153,000 dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di kawasan Ulu Klias, Julau, di sini tengahari tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/77-batang-kayu-berlian-bernilai-rm153-ribu-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:57 MYT

Sarikei, 4 Nov - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sarikei berjaya merampas 77 batang kayu berlian bernilai RM153,000 dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di kawasan Ulu Klias, Julau, di sini tengahari tadi.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata hasil risikan dan maklumat orang awam, longgokan batang kayu berlian pelbagai saiz yang dirampas itu dipercayai diperoleh secara tidak sah untuk pasaran tempatan.

"Turut ditahan adalah seorang pekerja warga tempatan bersama sebuah jentolak dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM403,000, " tambah beliau.

"Suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada pihak Jabatan Perhutanan Sarikei untuk siasatan bagi kesalahan memperoleh hasil hutan secara tidak sah (Ordinan Perhutanan Sarawak).
77 Batang Kayu Berlian Bernilai Rm153 Ribu Dirampas

ArtikelDiterbitkan 04 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM