77 Batang Kayu Berlian Bernilai Rm153 Ribu Dirampas
Sarikei, 4 Nov - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sarikei berjaya merampas 77 batang kayu berlian bernilai RM153,000 dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di kawasan Ulu Klias, Julau, di sini tengahari tadi.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata hasil risikan dan maklumat orang awam, longgokan batang kayu berlian pelbagai saiz yang dirampas itu dipercayai diperoleh secara tidak sah untuk pasaran tempatan.
"Turut ditahan adalah seorang pekerja warga tempatan bersama sebuah jentolak dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM403,000, " tambah beliau.
"Suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada pihak Jabatan Perhutanan Sarikei untuk siasatan bagi kesalahan memperoleh hasil hutan secara tidak sah (Ordinan Perhutanan Sarawak).