Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

749 Polis Bertugas Jamin Kelancaran Proses Undi Prk Seri Setia

Published: 08 Sep 2018 3.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Petaling Jaya, 8 September 2018 - Seramai 749 pegawai dan anggota polisSelangor bertugas menjamin kelancaran proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/749-polis-bertugas-jamin-kelancaran-proses-undi-prk-seri-setia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:24 MYT

Petaling Jaya, 8 September 2018 - Seramai 749 pegawai dan anggota polisSelangor bertugas menjamin kelancaran proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, pegawai dan anggota terlibat adalah daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Beliau berkata, mereka ini telah mula bertugas sejak 4 pagi tadi bagi memastikan keselamatan di tempat mengundi, lalu lintas dan keselamatan kawasan yang mempunyai 52,650 pengundi itu hingga selesai PRK.

Pihak polis turut dibantu pihak berkuasa lain termasuk RELA, menjadikan jumlah keseluruhan anggota keselamatan terlibat dalam PRK itu seramai 1,000 orang.

“Setakat ini, keadaan terkawal dan saya meminta orang awam yang keluar mengundi agar mematuhi arahan polis bertugas di pusat pengundian dari semasa ke semasa,” katanya. - BERNAMA

ArticlePublished 08 Sep 2018 3.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM